Monday, 15 September 2014

Kakiku melangkah lagi

Asslamualaikum semua...

hari ini masuk hari ke 2 kakiku melangkah ke kuliah... suprise pun ada, sbb semua subjek di ajar dalam BI ...

Mulanya aku tiada keyakinan untuk menerimanya, kerana takut ku tidak dapat memahami dan mendalami subjek itu. Mungkin itu satu cabaran buat kami sebagai anak muda yang jg aset negara dalam membangunkan negara. Kepelbagaian bahasa yang digunakan bukan penghalang utk seseorang itu berjaya, tapi itulah salah satu senjata kejayaan sesebuah organisasi ... :)

Alhamdulillah selepas memohon kepadaNya dan memakai haruman Luqman, hati tenang dan berkeyakinan. Sedar tidak sedar masuk tahun ke-3 aku berada dikampus. Inilah tahun aku menghabiskan sisa hidupku yang bergelar seorang mahasiswi Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan.

assignment pula semakin mencabar buat aku dan sahabat2ku... dari bertemu masyarakat biasa sehingga bertemu insan yang berjasa dan menyumbangkan tenaga dalam industri seni tanah air..
Keazaman semakin ku genggam kuat , agar aku mampu membuktikan kpd  ayah, aku tidak akan putus asa mengejar apa yang dia mahu, rindu ku simpan jauh disudut hati, hanya kepadaNya aku meluah segala apa yang terkubur dihati kecil ini.. hanya Dia yang tahu...

Kakiku melangkah lagi ke kuliah ,.. hari ini  Allah menduga aku... Betapa sukarnya untuk mengambil kursus kos yang lain, kehulu kehilir aku menyelesaikan segalanya, namun ianya tidak juga slesai.. Proses pembujukan daripada fungsinya berkomunikasi aku praktikkan. Akhirnya aku berjaya mendapatkan satu kos sebagai tambahan jam kreditku.. senyum ku lempar kepada temanku.. namun hati rsa gembira dan sedih jg bercampur baur.... ( Jika Ayah ada lagi disisi akanku khabarkan keadaanku disini) ...

namun tidak ada tempat untukku meluahkan selain kepdaNya yang Satu..... hanya mimpi sahaja pengubat rinduku....

kakiku tetap melangkah, meski sebenarnya aku rasa berat sangat.. tidak aku terdaya untuk meneruskan segalanya, .. Namun, kata2x seorang pendidik berlegar2x dibenakku... " meski insan yang disayang pergi, jangan pernah menyalahkan takdir, teruskan hidup bagi kita yang masih lagi di dunia ini,.. jika kau ingin jatuh , ingatlah saat  kau bersama insan tersayang itu, bayangkan senyuman yang terukir diwajahnya.. dengan izin Rabb, kau akan mampu untuk melangkah lgi untuk mencapai segala yang kau inginkan termasuk segala yang diimpikan oleh insan itu " ..

Sejujurnya ; senyuman ini menyembunyikan 1001 tangisan dan kesedihan ; Kerana Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


Sunday, 10 August 2014

Bersama Yusuf Kelana dan Allahyarham Martias Ali

Asslamualaikum semua .... :)

" Siapa sini mahu jumpa Sofi Jikan?" Kata Allahyarham Martias Ali ...
"..saya ...saya...saya.... " sahut kami yang berada dalam bilik studio TV itu...



semangat membara apabila kami diberikan peluang untuk mengadakan hari bengkel kedua kalina selama seminggu pada sem hadapan... Alangkah bahagianya kami...

Meski bengkel perfileman yang dibuat pda waktu itu mengambil masa 3 hari, namun ia cukup memberikan banyak pengalaman dan pengetahuan yang selama ini kami tidak ketahui...


lagi mencabar waktu itu, Pengarah Filem Gerak Khas Yusuf Kelana(YK) , mencabar kami dengan menghasilkan sebuah filem pendek dalam masa 2 hari itu... Kelam kabut jugalah dibuatnya...


Pelakon dah ada... semua dah ada......... yang membuat kami kekok  melakukan adalah kurangnya kemahiran pelajar dalam menguasai teknik penggambaraan .... :"( so sad..

tapi kami teruskan juga untuk menyiapkan filem itu,,..

dengan pelbagai cadangan tajuk akhirnya "CINTA TANPA SUARA" dipilih sebagai tajuk filem pendek kami yang pertama....

..... TO BE CONTINUE ....


Saturday, 9 August 2014

Renungan Sesama Insan

Assalamualaikum, selamat petang .. :)

mungkin aku tidak cukup utk berkata2x mengenai ilmu agama ... namun ini sekadar pandangan aku sebagai seorang pengamal komunikasi ....

dunia semakin tua, hidupan yang ada pula semakin pupus.. manusia semakin leka dengan urusan dunia, mungkin cuma tinggal beberapa peratus yang patuh, taat dan mengamalkan sepenuhnya akan urusan di akhirat,,...

Negara pula semakin dikejutkan dengan berita2x pelik, aneh, sosial dan sebagainya.. ada pula ahli nujum yang menjadi "keyboard Warrior" bila isu ini itu keluar di dada akhbar tidak kira di laman sesawang mahupun cetak.

tidakkah kita terfikir akan kuasa Allah .??? mungkin ini semua petunjuk darinya .. ada dalam kalangan kita yg muhasabah diri... tapi ada juga sebaliknya ..

kehilangan MH370 ?? semakin banyak spekulasi yang timbul.. meski aku tidak mempunyai perkaitan keluarga dengan para penumpang dan anak kapal, mataku turut mengalirkan airmata tatkala mendengar berita kehilangan pesawat itu...

Kita juga sering dikejutkan dengan saudara kita yang berada di Gaza... Ramadhan kita di sini aman dan damai... namun di sana>> ?? mereka bersahur dengan pertempuran darah sana sini... hanya doa  mampu aku titipkan wahai saudara2xku ...

isu boikot- memboikot ini pula semakin menjadi2x.... terutamanya di laman facebook.... aku tidak menyokong produk itu,, tapi aku duduk diam ,,, cukup sekadar aku tidak pergi membeli ke kedai itu.. tapi malu aku katakan kepada segelintir masyarakat yang ada sekarang ... sungguh cetek pemikiran... sanggup mereka memboikot dihadapan kedai dan merosakkan harta benda di dalam kedai itu... adakalanya kalau kita mahu memboikot pun kena ada caranya ...  tunjukkanlah islam itu syumul di hadapan agama yang lain,..

aku yang duduk jauh ini pula ... sering di hantui dengan penceroboh2x dari luar yang kononnya dikatakan akan menyerang utk mengambil semula hak mereka di sabah ini...  setakat mana hak mereka ,itu aku tidak mahu menceritakan....

hanya Allah sahaja yang dapat membantu para HambaNya ini....

Ya Rabb Engkau bukakanlah pintu hati orang2x yang masih jahil akan agama, yang masih tertutup pintu hatinya tunjukkanlah jalan kepada kami Ya Allah.... dan Engkau selamatkanlah, bantulah,dan lindungilah kami serta saudara2x kami yang dalam peperangan ...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa...



Si Kecil Indah

posting hari ini agak banyak lah kan?? hee

memandangkan tuan punya blog ini free apa salahnya share antata satu sama lain..

indah... iya dia anak buahku yg bungsu... dialah yang menjadi penyeri di rumah ini... bila sunyi dia akan datang .... tiada lagi gelak tawa kami ... dialah yang akan mengembalikan senyuman di bibir...

meski umur dia nak masuk 4 tahun, tapi percakapannya umpama keris yang tumpul mahu potong ikan pun x tembus.. heeehe..
 setiap satu perkataan  kami ajarkan padanya agar dirinya menyebut perkataan itu dengan tepat dan jelas... kami tak jemu mengajarnya, bila sahaja dia membuka tingkahnya berkata hingar rumah dibuatnya ......



Syawal 2014

Assalamualaikum semua ...

Berlalu Ramadhan Syawal kini tiba... Ramai sahabat handai yg nun jauh di sana dtg menziarahi ... meriah atau tidak itu terpulang kepada diri kita bagaimana cara utk kita menyambutnya ...

Alhamdulillah , raya pertama ku gagahi dengan senyuman, meski hati sebak mengenangkan org2x yg telah pergi meninggalkan aku ... dan keluarga... Ayah semoga kau tenang di sana .. :'(

Ramai aku terima "Ucapan Raya" daripada sahabat2ku.. terima kasih semua.. maaf ku pinta meski ucapan itu tidak dapat dibalas kesemuanya... terima kasih juga kpd rakan2x yg dtg bertandang ke rumah.. :) Lain hari ku pula yang akan ke rumah sahabat2x sekalian..

anyway ... Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua umat islam ... x lupa juga Al-Fatihah kepada yg telah pergi meninggalkan kita .. btw i'm a new blogger... so, masih berjinak2x lagi dengan blogger ini.. ...



Wednesday, 11 June 2014

30/06/2014 (My Hero)


Waktu begitu cepat berlaluSeiring langkah dalam ceritaTerbayang wajahmu dalam hatikuKau adalah kisah yang terindah
Tajamnya matamu tenangkan hatiLuka hidupmu kau bawa sembunyiHangatnya sentuhmu yang penuh cintaKau adalah bintang dalam hatiku
Dalam lelahmu masih kau tersenyumDalam duka kau belai akuDalam sempitmu ajarkanku tegarAllah s'lalu bersamamuOh Allah slalu bersamamu
Ayah .. ayah terima kasihKau beri aku cintaAyah.. ayah terima kasihAjarkan aku hidup





Perginya dia..... sedih menyelubungi driku.. Bagaikan ada sahaja perkara yang belum ku dapat laksanakan dan berikan kepada dia....

mengapa aku harus melalui hari-hari ini..... seperti dia masih ada di sisi.... aku kuat bukan kerana aku tidak mengingatimu ... jauh di sudut hati.. aku sangat merindukan mu...

jasamu tidak dapat ku balas, tatkala aku masih di alam persekolahan.... namun aku berjanji akn menjadi anak yg solehah dan mencapai kejayaan .. meski kau tidak ada disisi...

beberapa hari sebelum pemergianmu, aku sering menceritakan ttg drimu.... sering mengingatimu... tidak ku sangka itu semua petanda bahwa kau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....
Meski mulanya aku tidak percaya bahawa kau sudah tiada........ Aku redha akhirnya....
Bagaimana harus aku lalui hari2ku.. tanpa ayah.. :( .....

kau pergi meninggalkan anakmu yang belum pun ada penggantinya... belum ada yang menjaganya.... belum kau serahkan kepada dia yang tertulis di luh mahfuzku....
 Sedih hati... pilu.. bila bukan dirimu yang mewalikan aku :( .....

hari sebelum masa kepergian dirimu... masih lagi teringat .. kau membuat panggilan di awal pagi

" pay, kau balikkah hari ini?"
aku hnya berkata " tidak, aku di keningau ni paa... kenapa?'"

" ouh, sbb tdi paa jumpa ayah sakinah, dia bilang kamu balik hari ini,,, jadi kau tidak ikut sakinah balik?"

" tidak paa,, nanti aku balik sebelum potong rumput dan sebelum sambut ulang tahun mu 6-6-2014 nanti..."

" iya ngam lah tu... balik lah kau ya,,, kalau tidak kau ikut diorang c ena balik hari rabu ni... sama- sama kita sambut hari jadiku"

aku tersenyum dan berkata " iya paa. nnti kalau tidak jadi ikut diorg c ena balik,, aku balik ikut kreta sewa sahaja.. "

" bh yalah.... bagus2x kau sana., balik nnti sebelum potong rumput.."
" bha ok paa... assalamualaikum"
"waalaikmsalam"



begitu cepat masa berlalu, itulah pesanan terakhirnya, kata-kata terakhirnya kepada driku.......tidak ku sangka, aku akan menerima panggilan dr orang rumah bahwa ayah sudah tiada .....

luluh hati...... Ayah... ku merindui dirimu.......


Ayah... masih ku teringat di saat kau memimpin tangan kecil ini melintas jalan...
masih ku ingat saat kau mendodoikan aku , dalam ayunan berwarna pink bersama adik di ayunan berwarna biru... di situ kau ada dengan ibu.....

masih ku ingat kau tidak membiarkan anakmu ini kelaparan di saat hanya ayah dan aku dirumah... walaupun aku masih kecil di waktu itu, ingatanku segar ayah.....

masih ku ingat,,,bila ayah berkata " pay, kau jadi ustazah nanti bila besar"
masih ku ingat bila ayah berkata " bila kau konvo tahun ini kah?"
..... semuanya ttg mu ayah xakan ku lupa...... ayahlah yg terbaik buat diriku... :'(

Terima kasih ayah :

lahirku ke dunia
ku diasuh mengenal Allah
ku diajar sebut namaNya
juga nabi rasul mulia

salam sayang ayah.....
mendidik ku tak pernah jemu
halalkan lah makan minumku
maafkanlah salah silapku
tanpa maaf dan juga restu
hidupku jadi tak menentu

tiada yang lebih bernilai
dari pengorbanan yang suci itu
tak berdaya aku membalasnya
moga ku jadi anak yang bertakwa


pada mu Allah aku berdoa
pada Mu jua aku meminta
rahmatilah ibu ayah tercinta
apunilah dosa- dosa mereka
panjang umur, murahkan rezeki
sejahtera dalam ketaatan
moga berbahagia di dunia, di akhirat
beroleh syurga