Assalamualaikum, selamat petang .. :)
mungkin aku tidak cukup utk berkata2x mengenai ilmu agama ... namun ini sekadar pandangan aku sebagai seorang pengamal komunikasi ....
dunia semakin tua, hidupan yang ada pula semakin pupus.. manusia semakin leka dengan urusan dunia, mungkin cuma tinggal beberapa peratus yang patuh, taat dan mengamalkan sepenuhnya akan urusan di akhirat,,...
Negara pula semakin dikejutkan dengan berita2x pelik, aneh, sosial dan sebagainya.. ada pula ahli nujum yang menjadi "keyboard Warrior" bila isu ini itu keluar di dada akhbar tidak kira di laman sesawang mahupun cetak.
tidakkah kita terfikir akan kuasa Allah .??? mungkin ini semua petunjuk darinya .. ada dalam kalangan kita yg muhasabah diri... tapi ada juga sebaliknya ..
kehilangan MH370 ?? semakin banyak spekulasi yang timbul.. meski aku tidak mempunyai perkaitan keluarga dengan para penumpang dan anak kapal, mataku turut mengalirkan airmata tatkala mendengar berita kehilangan pesawat itu...
Kita juga sering dikejutkan dengan saudara kita yang berada di Gaza... Ramadhan kita di sini aman dan damai... namun di sana>> ?? mereka bersahur dengan pertempuran darah sana sini... hanya doa mampu aku titipkan wahai saudara2xku ...
isu boikot- memboikot ini pula semakin menjadi2x.... terutamanya di laman facebook.... aku tidak menyokong produk itu,, tapi aku duduk diam ,,, cukup sekadar aku tidak pergi membeli ke kedai itu.. tapi malu aku katakan kepada segelintir masyarakat yang ada sekarang ... sungguh cetek pemikiran... sanggup mereka memboikot dihadapan kedai dan merosakkan harta benda di dalam kedai itu... adakalanya kalau kita mahu memboikot pun kena ada caranya ... tunjukkanlah islam itu syumul di hadapan agama yang lain,..
aku yang duduk jauh ini pula ... sering di hantui dengan penceroboh2x dari luar yang kononnya dikatakan akan menyerang utk mengambil semula hak mereka di sabah ini... setakat mana hak mereka ,itu aku tidak mahu menceritakan....
hanya Allah sahaja yang dapat membantu para HambaNya ini....
Ya Rabb Engkau bukakanlah pintu hati orang2x yang masih jahil akan agama, yang masih tertutup pintu hatinya tunjukkanlah jalan kepada kami Ya Allah.... dan Engkau selamatkanlah, bantulah,dan lindungilah kami serta saudara2x kami yang dalam peperangan ...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa...

No comments:
Post a Comment