Monday, 15 September 2014

Kakiku melangkah lagi

Asslamualaikum semua...

hari ini masuk hari ke 2 kakiku melangkah ke kuliah... suprise pun ada, sbb semua subjek di ajar dalam BI ...

Mulanya aku tiada keyakinan untuk menerimanya, kerana takut ku tidak dapat memahami dan mendalami subjek itu. Mungkin itu satu cabaran buat kami sebagai anak muda yang jg aset negara dalam membangunkan negara. Kepelbagaian bahasa yang digunakan bukan penghalang utk seseorang itu berjaya, tapi itulah salah satu senjata kejayaan sesebuah organisasi ... :)

Alhamdulillah selepas memohon kepadaNya dan memakai haruman Luqman, hati tenang dan berkeyakinan. Sedar tidak sedar masuk tahun ke-3 aku berada dikampus. Inilah tahun aku menghabiskan sisa hidupku yang bergelar seorang mahasiswi Fakulti Kemanusian Seni dan Warisan.

assignment pula semakin mencabar buat aku dan sahabat2ku... dari bertemu masyarakat biasa sehingga bertemu insan yang berjasa dan menyumbangkan tenaga dalam industri seni tanah air..
Keazaman semakin ku genggam kuat , agar aku mampu membuktikan kpd  ayah, aku tidak akan putus asa mengejar apa yang dia mahu, rindu ku simpan jauh disudut hati, hanya kepadaNya aku meluah segala apa yang terkubur dihati kecil ini.. hanya Dia yang tahu...

Kakiku melangkah lagi ke kuliah ,.. hari ini  Allah menduga aku... Betapa sukarnya untuk mengambil kursus kos yang lain, kehulu kehilir aku menyelesaikan segalanya, namun ianya tidak juga slesai.. Proses pembujukan daripada fungsinya berkomunikasi aku praktikkan. Akhirnya aku berjaya mendapatkan satu kos sebagai tambahan jam kreditku.. senyum ku lempar kepada temanku.. namun hati rsa gembira dan sedih jg bercampur baur.... ( Jika Ayah ada lagi disisi akanku khabarkan keadaanku disini) ...

namun tidak ada tempat untukku meluahkan selain kepdaNya yang Satu..... hanya mimpi sahaja pengubat rinduku....

kakiku tetap melangkah, meski sebenarnya aku rasa berat sangat.. tidak aku terdaya untuk meneruskan segalanya, .. Namun, kata2x seorang pendidik berlegar2x dibenakku... " meski insan yang disayang pergi, jangan pernah menyalahkan takdir, teruskan hidup bagi kita yang masih lagi di dunia ini,.. jika kau ingin jatuh , ingatlah saat  kau bersama insan tersayang itu, bayangkan senyuman yang terukir diwajahnya.. dengan izin Rabb, kau akan mampu untuk melangkah lgi untuk mencapai segala yang kau inginkan termasuk segala yang diimpikan oleh insan itu " ..

Sejujurnya ; senyuman ini menyembunyikan 1001 tangisan dan kesedihan ; Kerana Disini Lahirnya Sebuah Cinta...


No comments:

Post a Comment